Anda dijemput hadir ke program amal yang akan kami anjurkan ini. Walaupun program ini di jalankan di dalam kawasan kolej, tetapi penyertaan adalah terbuka kepada semua golongan tidak kira bangsa dan usia.
Bersama beramal bagi mengutip dana untuk pusat-pusat kebajikan terpilih dalam usaha mengurangkan beban mereka.
Kami telah menjemput selebriti tanah air bagi memeriahkan lagi program amal ini selain beramah mesra dengan selebriti-selebriti pujaan anda.
Terdapat pelbagai aktiviti bersama selebriti untuk mengutip sebanyak mungkin dana bagi disalurkan kepada pusat-pusat tersebut. Program amal ini turut menyediakan program kemuncaknya iaitu pada waktu malam 23 Julai dan juga 24 Julai dengan disediakan persembahan dan program beramah mesra bersamaselebriti-selebriti anda
Datanglah beramai-ramai.






